رجب
9
الأحد
1434 هجري
Hari Ahad, 19 Mei 2013

 

 

PPD Bintulu merupakan

Pejabat Pelajaran Daerah

di Sarawak yang pertama

dianugerahkan sijil 5S -

"Quality Environment

Management System"

oleh MPC. 

Untuk paparan normal sila gunakan Internet Explorer 8.0 atau ke atas.

Pautan LINUS

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini12548
mod_vvisit_counterSemalam18130
mod_vvisit_counterMinggu ini104446
mod_vvisit_counterMinggu lepas182318
mod_vvisit_counterBulan ini353404
mod_vvisit_counterBulan Lepas586316
mod_vvisit_counterJumlah Pelawat10425387

Laman ini ada 13 guests (orang pelawat), 12 bots dalam talian
IP anda: 23.22.212.158
 , 
19 May 2013

Privasi / Dasar Keselamatan

Laman Utama

SELAMAT HARI GURU 2013
16/05/2013 | Administrator

     


Surat Siaran Bahagian Pengurusan Maklumat Bil. 1 Tahun 2013: Pemantapan Penggunaan Sistem Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
10/05/2013 | Administrator

130510


PERHATIAN KEPADA SEMUA BAKAL PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI ALIRAN TEKNIKAL
10/05/2013 | Administrator

Anda dikehendaki mendaftar secara atas talian sebelum 25 Mei 2013. Sila klik pautan di bawah mengikut kolej masing-masing.   1. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah -    http://register.kmtk [ ... ]


Kenyataan Tawaran Tender Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) Ke Sekolah - Sekolah / Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
01/05/2013 | Administrator

130501A


'Like' Facebook dan 'Follow' Twitter Hari Guru 2013
01/05/2013 | Administrator

Page Facebook dan Twitter telah dibina sempena perayaan Hari Guru 2013. Layari pautan-pautan berikut: Page Facebook Hari Guru 2013 : https://www.facebook.com/HariGuru2013 Twitter Hari Guru 2013  [ ... ]


Hak Cipta Terpelihara 2012 @ Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu.
Tarikh Kemaskini : 19 May 2013

18

Jan

2010

PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2010 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
SUMBER : LAMAN KPM 18/01/2010
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran akan menawarkan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara secara Sepenuh Masa.
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab 'C' Perkara 36. Pegawai perlu membiayai sendiri segala perbelanjaan semasa pengajian termasuk Yuran Pengajian. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan.
Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
Tawaran ini tidak termasuk PPPS yang berkhidmat dengan Jabatan / Bahagian di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
(KPTM), Politeknik dan Kolej Komuniti.
 
TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN ONLINE
 
 
ARAHAN :
Semua pemohon diminta membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi tatacara/panduan permohonan yang telah ditetapkan.
 

Tatacara Permohonan Program CBBPTB secara Online
 1
Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat boleh membuat permohonan secara online melalui mana-mana komputer yang ada capaian internet. Permohonan ini akan dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pemdidikan Siswazah(PPPS) dan ianya boleh dibuat melalui Portal Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut: http://www.moe.gov.my .
 2
Calon-calon adalah diingatkan agar membaca peraturan dan tatacara dengan teliti serta memasukkan kod-kod yang betul. Kesilapan mengisi borang akan mengakibatkan permohonan ditolak.
 3
Setelah mengisi permohonan secara online, tuan/puan dikehendaki mencetak permohonan tersebut (Borang KPM (LDP)1/2010/3A) dan memuat turun KPM(LDP)1/2010/3B.
KLIK UNTUK MUAT TURUN BORANG .
 4
Borang KPM (LDP)1/2010/3A yang telah dicetak hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan bersama dengan dokumen berikut:

  1.  
      (semua sijil atau dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan semula)
  2. KPM(LDP)1/2010/3B
  3. Satu (1) salinan kad pengenalan pegawai

  4. Satu (1) salinan Kenyataan perkhidmatan yang lengkap dan kemaskini
  5. yang telah disahkan. Sila pastikan kenyataan perkhidmatan mengandungi
    maklumat-maklumat berikut:

      - tarikh lantikan ke jawatan DG41/DG3
      - tarikh pengesahan jawatan DG41/DG3
      - maklumat cuti belajar (jika pernah diluluskan cuti belajar)
      - tarikh kelulusan perisytiharan harta yang terkini
  6. Satu(1) salinan sijil SPM/MCE (atau yang setaraf dengannya)
  7. Satu(1) salinan Ijazah Pertama
  8. Satu(1) salinan Ijazah Lanjutan bagi peringkat Sarjana (bagi permohonan peringkat Kedoktoran)
  9. Satu(1) salinan transkrip Ijazah Pertama
  10. Satu(1) salinan transkrip Ijazah Lanjutan (bagi permohonan peringkat PhD)
  11. Satu(1) salinan surat lantikan ke Jawatan DG41 / DG3
  12. Satu(1) salinan surat pengesahan jawatan DG41 / DG3
  13. Satu(1) salinan surat kelulusan pengisytiharan harta yang terkini
  14. Senarai semak
 5
Bahagian A dan B Borang KPM(LDP)1/2010/3B hendaklah diisi oleh Ketua Jabatan tempat berkhidmat manakala Akuan Pengesahan di Bahagian C hendaklah diperolehi di peringkat Kementerian atau JPN. Contohnya :-

a) Sekiranya pemohon berkhidmat di IPG, Bahagian A dan B Borang KPM(LDP)1/2010/3B akan diperakukan oleh Pengarah IPG manakala Bahagian C hendaklah disahkan oleh Bahagian Pendidikan Guru di Kementerian .

b) Sekiranya pemohon berkhidmat di sekolah, Bahagian A dan B diperakukan oleh Pengetua sekolah manakala Bahagian C disahkan oleh JPN. Perakuan oleh Ketua Jabatan hendaklah dibuat dengan teliti dengan mengambil perhatian terutama kepada syarat-syarat permohonan seperti yang dinyatakan.

c) Sekiranya PPPS berkhidmat di Pusat Matrikulasi, Bahagian A dan B hendaklah diperakukan oleh Pengarah Matrikulasi manakala Bahagian C hendaklah disahkan oleh Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM.
 6
Untuk markah LNPT di dalam Borang KPM(LDP)1/2010/3B Ketua Jabatan hanya perlu mengisi markah. Salinan laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tidak perlu dikemukakan.
 7
Permohonan yang tidak mematuhi syarat atau borang dan dokuman yang tidak lengkap atau tidak mengisi borang secara online akan ditolak.
 8
Semua dokumen-dokumen permohonan seperti yang disebutkan di atas yang telah lengkap hendaklah dihantar melalui ketua jabatan kepada:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 12-13, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(up : Unit Latihan Dalam Perkhidmatan)

Nota :
Permohonan Online dibuka sehingga 17 FEBRUARI 2010.

Borang permohonan hendaklah dihantar kepada Bahagian Tajaan Pendidikan selewat-lewatnya pada 26 FEBRUARI 2010.


Sila tandakan Sarjana atau Kedoktoran (mengikut peringkat pengajian permohonan) di sebelah ATAS KANAN sampul surat.
 



Panduan Mengisi Borang Program CBBPTB secara Online
 1
Tiada sebarang pendaftaran diperlukan untuk mengisi borang permohonan online. Pemohon hanya perlu memasukkan No. Kad Pengenalan untuk mengisi borang online.
 2
Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan sahaja.
 3
Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian Permohonan Online ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut.
 4
Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.
 5
Semasa mengisi borang permohonan Online, beberapa panduan berikut disarankan supaya urusan pengisian maklumat permohonan tuan/puan mudah dan jelas.
  5.1 Maklumat Permohonan

  Nama Pemohon
  Sila isi nama penuh anda(HURUF BESAR) seperti di dalam kad pengenalan baru anda tidak  melebihi 50 huruf, sila gunakan huruf-huruf ringkas yang sesuai.

  Contoh : MOHAMED ASYRAF ARFAN B KAMARUL FIRDAUS
  Nota  : Maklumat ini boleh dikemaskini/dipinda

  Nombor Kad Pengenalan
  No. Kad Pengenalan akan dipaparkan berdasarkan Sistem Maklumat Staf
  ATAU
  nombor Kad Pengenalan Baru yang anda taip masuk semasa pendaftaran .

  Nota  : Maklumat ini tidak boleh dipinda.

  Alamat Tempat Bertugas
  Sila masukkan alamat tempat bertugas anda dengan lengkap. Jika ruang tidak
  mencukupi, gunakan huruf-huruf yang ringkas.

  Contoh : Contoh : SEK MEN TAMAN TUN DR. ISMAIL
  Nota  : Maklumat ini boleh dikemaskini/dipinda

  Nombor Telefon Tempat Bertugas
  Sila masukkan nombor telefon pejabat tempat anda bertugas dalam ruang yang
  berkenaan. Jangan masukkan sempang antara nombor.

  Contoh : 03-42984585 menjadi 0342984585
  Nota  : Maklumat ini boleh dikemaskini/dipinda

  Nombor Faks Tempat Bertugas
  Sila masukkan nombor faks tempat anda bertugas dalam ruang yang
  berkenaan. Jangan masukkan sempang antara nombor.

  Contoh : 03-42984555 menjadi 0342984555
  Nota  : Maklumat ini boleh dikemaskini/dipinda


5.2Maklumat Akademik

  Kod Bidang Dipohon
  Sila buat pilihan bidang pengajian Program CBBPTB yang anda ingin ikuti. Kod dan bidang
 pengajian yang ditawarkan adalah seperti di dalam pilihan yang diberikan.

Nota : Pastikan anda telah memuat-turun borang pada perkara 3 - Tatacara Permohonan Program CBBPTB secara online.

 
SYARAT PERMOHONAN PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA
(CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2010
 


1.0 SYARAT UMUM
i.
Warganegara Malaysia;
ii.
Telah berkhidmat tidak kurang daripada (3 tahun) dalam skim perkhidmatan siswazah (DG41/DG3) pada tarikh tutup permohonan. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 dan DG48 yang memenuhi syarat juga boleh memohon;
iii.
Telah disahkan dalam perkhidmatan siswazah (DG41/DG3) pada atau sebelum tarikh tutup permohonan;
iv.
Memperoleh markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85 peratus bagi tempoh 3 tahun kelendar berturut-turut;
v.
Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
vi. Berumur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Kedoktoran pada tarikh tutup permohonan;
vii.
Tawaran ini hanya terbuka untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam bagi kemasukan Julai 2010 sahaja;
viii.
Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;
ix.
Bebas daripada sebarang pertuduhan dan tindakan tatatertib;
x.
Telah mengisytiharkan harta; dan
xi.
Pegawai bukan merupakan peminjam tegar pinjaman/peminjam yang disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan peminjam kerajaan yang lain.

2.0 SYARAT KHUSUS
i.
Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian/kursus yang ditawarkan sahaja;
ii.
Tempat pengajian adalah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Negara yang diiktiraf oleh JPA;
iii.
Pegawai mengisi Jawatan Latihan semasa mengikuti kursus. Penempatan pegawai selepas tamat Cuti Belajar akan ditentukan oleh BPSM;
iv.
Bagi peringkat Sarjana, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Kerja Kursus dengan Disertasi/Tesis (Mod campuran) sahaja;
v.
Kementerian berhak membuat pindaan terhadap senarai bidang kursus dan tempat pengajian yang dibenarkan;
vi. Tempoh Cuti Belajar bagi peringkat Kedoktoran adalah selama 36 bulan (maksimum) dan 24 bulan (maksimum) bagi peringkat Sarjana. Pelanjutan tempoh Cuti Belajar adalah tidak dibenarkan sama sekali;
vii.
Tempoh ikatan kontrak adalah seperti yang telah dikeluarkan oleh JPA .

Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:
 
Setiausaha Bahagian
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 12 - 13, Blok E12, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 W.P Putrajaya
 
KEDOKTORAN:
Pn. Syahzuriana bt. Ab. Rahim ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
Pn. Nor Rashimah bt. Mohamad Rodzi ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
Cik Salmah bt. Daud Shah ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
 
SARJANA:
Pn. Nik Munerahanim bt. Nik Muhammad ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
Cik Sahida bt. Abu Seman ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )
Cik Zainab bt. Hj. Abd Wahab ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )

MAKLUMAT KURSUS SARJANA YANG DITAWARKAN

http://apps.emoe.gov.my/ehlp/cbbptb/cbbptb_masters.pdf

MAKLUMAT KURSUS KEDOKTORAN YANG DITAWARKAN 
 

http://apps.emoe.gov.my/ehlp/cbbptb/cbbptb_phd.pdf

 

PERMOHONAN SECARA ONLINE

http://apps.emoe.gov.my/ehlp/cbbptb/mohon.cfm

 
Last Updated on Friday, 12 February 2010 05:27