رجب
10
الأثنين
1434 هجري
Hari Isnin, 20 Mei 2013

 

 

PPD Bintulu merupakan

Pejabat Pelajaran Daerah

di Sarawak yang pertama

dianugerahkan sijil 5S -

"Quality Environment

Management System"

oleh MPC. 

Untuk paparan normal sila gunakan Internet Explorer 8.0 atau ke atas.

Pautan LINUS

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini9038
mod_vvisit_counterSemalam19088
mod_vvisit_counterMinggu ini9038
mod_vvisit_counterMinggu lepas110986
mod_vvisit_counterBulan ini368982
mod_vvisit_counterBulan Lepas586316
mod_vvisit_counterJumlah Pelawat10440965

Laman ini ada 16 guests (orang pelawat), 7 bots dalam talian
IP anda: 23.22.212.158
 , 
20 May 2013

Privasi / Dasar Keselamatan

Laman Utama

SELAMAT HARI GURU 2013
16/05/2013 | Administrator

     


Surat Siaran Bahagian Pengurusan Maklumat Bil. 1 Tahun 2013: Pemantapan Penggunaan Sistem Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
10/05/2013 | Administrator

130510


PERHATIAN KEPADA SEMUA BAKAL PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI ALIRAN TEKNIKAL
10/05/2013 | Administrator

Anda dikehendaki mendaftar secara atas talian sebelum 25 Mei 2013. Sila klik pautan di bawah mengikut kolej masing-masing.   1. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah -    http://register.kmtk [ ... ]


Kenyataan Tawaran Tender Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) Ke Sekolah - Sekolah / Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
01/05/2013 | Administrator

130501A


'Like' Facebook dan 'Follow' Twitter Hari Guru 2013
01/05/2013 | Administrator

Page Facebook dan Twitter telah dibina sempena perayaan Hari Guru 2013. Layari pautan-pautan berikut: Page Facebook Hari Guru 2013 : https://www.facebook.com/HariGuru2013 Twitter Hari Guru 2013  [ ... ]


Hak Cipta Terpelihara 2012 @ Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu.
Tarikh Kemaskini : 20 May 2013

21

Jun

2012

Berita Harian bertarikh 7 Jun 2012 – NUTP MINTA SEMAK PANGKAT GURU KANAN PDF Print E-mail
Written by Administrator   


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar oleh Haspaizi Mohd Zain dalam ruangan Berita akhbar Berita Harian bertarikh 7 Jun 2012NUTP minta semak pangkat guru kanan.
 
YAB Perdana Menteri Malaysia di dalam ucapannya sewaktu Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama YAB Perdana Menteri Pada 08 Mac 2012 (Khamis)  di Putrajaya International Convention Centre (PICC) telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip Time-Based (TB) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) seperti yang diumumkan dalam ucapan Bajet 2012.
 
Berdasarkan pengumuman tersebut, Kerajaan telah menggubal dasar di mana kerjaya PPPLD boleh meningkat sehingga Gred DGA38 dalam tempoh perkhidmatan 21 tahun dengan syarat memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP). Berbanding kaedah kenaikan pangkat TB sebelum ini, ia tidak memberi peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29 meningkat ke Gred DGA34 dan DGA38.
 
Perkara ini telah dipersetujui bersama oleh semua pihak dalam mesyuarat pada 06 April 2012 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,YBhg Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud yang turut dihadiri oleh wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK), Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran dan wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Berdasarkan keputusan mesyuarat tersebut, semua aspek telah diambil kira berhubung syarat kenaikan pangkat, tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan kaedah penetapan tarikh kenaikan pangkat.
 
Langkah Kerajaan untuk menambahbaik kaedah kenaikan pangkat ini adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi semua pihak sebagai menghargai peranan serta sumbangan guru-guru termasuk guru kanan yang senantiasa mencurahkan jasa bakti untuk mendidik anak bangsa. KPM pada masa yang sama bagi tempoh 01 Januari 2012 hingga 31 Mei 2012, telah berjaya melaksanakan kenaikan pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi semua PPP yang layak dan memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat seramai 39,408 orang. Semoga kenaikan pangkat ini dapat menyuntik motivasi dan semangat kepada semua guru untuk terus berkhidmat bagi memartabatkan agenda pendidikan nasional.  
 
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA